photo home_zpsyiwctf30.png photo Untitled-3_zpsc8jlzhk3.png photo Untitled-4_zps2ju45wo6.png photo review_zpss4c3rlt8.png photo Untitled-5_zps99ywos4j.png photo Untitled-6_zpsoszkhwzt.png

Tuesday 28 April 2015

PESTA LOKA MAYA

  BILA  KESTABILAN DIRI TERCIPTA

Waktu-waktu yang meniti
tetap mempamer ruang
mahu saja menghidang peluang
pada mereka yang bijak memilih
sedia meraih
mana-mana timbunan rezeki
tindih-menindih


Kerja jangan terlalu memilih
lakukan apa-apa juga
asalkan laba diperoleh
tetap halal lagi bersih


Bila kestabilan diri dicipta
bolehlah berkira-kira
bagaimana mampu perbaiki lagi
sayugia tercipta impian
yang sekian lama bertakhta
di tasik hati.




#pengawaspss

Tuesday 21 April 2015

Apa itu NILAM?


logo-nilam

LATAR BELAKANG

Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca

IKRAR PENGAWAS PSS

BAHAWASANYA KAMI
PENGAWAS-PENGAWAS PUSAT SUMBER MAKTAB MAHMUD MERBOK
BERIKRAR DAN BERJANJI
MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DAN DEDIKASI



KAMI BERJANJI
UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
BAGI MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK
SENTIASA BERDISIPLIN
DAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG DITETAPKAN
OLEH PIHAK SEKOLAH
DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



KAMI
BERSEDIA MEMBANTU
WARGA PENDIDIK
DAN MEMBERI PERKHIDMATAN
SECARA SISTEMATIK DAN KOLEKTIF
BERTERASKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN



KAMI
MEMASTIKAN UNIT-UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
DALAM KEADAAN KONDUSIF
DAN EFEKTIF
SERTA MELAKSANAKAN PROJEK-PROJEK
YANG DIRANCANG
DAN SETERUSNYA
MEWUJUDKAN WARGA MAKTAB MAHMUD MERBOK
YANG BERILMU DAN BERWAWASAN





MUTIARA KATA 1








"Jadilah seperti pokok,saat orang membaling batu kepadamu,kau membalasnya dengan buah yang ranum"                          
                                                                                                       Assyahid Imam Hasan Al-Banna

#pengawaspss                                                                                                                 1906-1949
                                                                                                                     Al-Fatihah






Kalau ada masa lapang,janganlah buang masa.Try baca buku yang ada dalam library tuh?hehe
Boring-boring masuk jaa dalam library.




#fadzilawatie_2mumtaz


Ubahsuai Perpustakaan









Gambar-gambar ketika aktiviti ubahsuai pusat sumber Maktab Mahmud Merbok bersama murid-murid Tingkatan 2 Mumtaz. Buku-buku baharu juga telah dibeli oleh Puan Asiah dan Cik Amirah di Kedai Buku Hasani,Sungai Petani Kedah. Ucapan penghargaan terima kasih dari pihak PSS kepada tingkatan 2 Mumtaz.

Saturday 18 April 2015

PSS MMMK 2015

PSS MMMK kini sedang memproses buku-buku untuk di daftar mengikut angka giliran.  Oleh itu, para pelajar tidak dibenarkan memasuki perpustakaan buat sementara waktu.  Keadaan ini hanya bersifat sementara.  Diharap para pelajar bersabar kerana kita sedang menaik tarafkan perpustakaan sekolah ke arah yang lebih baik.


Untuk makluman semua, guru perpustakaan dan juga media telah membeli buku baharu untuk diletakkan di dalam perpustakaan.  Semoga para pelajar dapat memanfaatkan buku-buku yang telah disediakan dengan sebaik mungkin.  


"Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya" 

Jadikan kata-kata ini sebagai azimat untuk menjana matlamat kita untuk menjadikan Maktab Mahmud Merbok sebuah sekolah agama bantuan kerajaan yang melahirkan para pelajar yang berjaya baik dari segi ilmu dunia dan juga akhirat.

SEKIAN 

#PENGAWAS

Tuesday 14 April 2015

Aktiviti 2015

Pada 8 dan 9 April yang lalu,pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melawati pusat sumber Maktab Mahmud Merbok.Tujuan lawatan ini untuk mengubahsuai pusat sumber sekolah.Program ini juga membantu guru-guru dan pengawas-pengawas pusat sumber untuk menjadikan pusat sumber sebagai gedung ilmu.Tujuan ini juga menggalakkan pelajar-pelajar untuk selalu datang ke pusat sumber.

KHIDMAT BANTU OLEH BTPN BERSAMA PKG BUJANG



Gambar ketika lawatan dari Kementerian Pelajaran Malaysia pada 8 dan 9 April 2015.

             Terima kasih diucapkan dari kami warga Maktab Mahmud Merbok.

Online Dengan Tuhan

Assalamualaikum :)

Hari ini saya akan menceritakan tentang sebuah buku yang bertajuk "Online dengan Tuhan"
dan penulisnya ialah Zulkifli Khair =.=

*Hampir semua individu online setiap hari.Dalam zaman global ini,internet,emel,ruang sembang seperti Yahoo Mesenger,Skype,jarinagn sosial seperti Friendster,MySpace,Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat berkomunikasi.Tidak kira di mana sahaja kita berada,online sentiasa berlaku tanpa mengira umur dan waktu.

*Namun,hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung denagn Super Kuasa.Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

*Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca meyelami hubungan antara hamba denagn Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini.Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan.Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

*Pengenalan 

*Zulkifli Khair adalah pensyarah dan jurulatih sambilan penulisan kreatif di Universiti Teknologi Malaysia.Beliau juga bergiat aktif sebagai perunding,penulis,penulis bebas dan pengendali bengkel dalam bidang motivasi dan pembangunan insan.Antara karya beliau bersama PTS adalah 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah,Yang OK dan KO dalam Ibadah Haji dan Umrah dan lain-lain.


^.^