photo home_zpsyiwctf30.png photo Untitled-3_zpsc8jlzhk3.png photo Untitled-4_zps2ju45wo6.png photo review_zpss4c3rlt8.png photo Untitled-5_zps99ywos4j.png photo Untitled-6_zpsoszkhwzt.png

Monday 13 July 2015



Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua viewers Blog PSS MMMK dari kami pihak PSS . Mohon maaf zahir dan batin . Semoga perjalanan anda ke kampung selamat .

Pergi ke kedai membeli pelita ,
Singgah sebentar di Kuala Kedah ,
Ampun dan maaf dipinta ,
Segala persengketaan berakhir sudah .





Wednesday 1 July 2015

Nuzul Al-Quran






            Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.