photo home_zpsyiwctf30.png photo Untitled-3_zpsc8jlzhk3.png photo Untitled-4_zps2ju45wo6.png photo review_zpss4c3rlt8.png photo Untitled-5_zps99ywos4j.png photo Untitled-6_zpsoszkhwzt.png

Tuesday 14 April 2015

Online Dengan Tuhan

Assalamualaikum :)

Hari ini saya akan menceritakan tentang sebuah buku yang bertajuk "Online dengan Tuhan"
dan penulisnya ialah Zulkifli Khair =.=

*Hampir semua individu online setiap hari.Dalam zaman global ini,internet,emel,ruang sembang seperti Yahoo Mesenger,Skype,jarinagn sosial seperti Friendster,MySpace,Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat berkomunikasi.Tidak kira di mana sahaja kita berada,online sentiasa berlaku tanpa mengira umur dan waktu.

*Namun,hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung denagn Super Kuasa.Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

*Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca meyelami hubungan antara hamba denagn Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini.Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan.Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

*Pengenalan 

*Zulkifli Khair adalah pensyarah dan jurulatih sambilan penulisan kreatif di Universiti Teknologi Malaysia.Beliau juga bergiat aktif sebagai perunding,penulis,penulis bebas dan pengendali bengkel dalam bidang motivasi dan pembangunan insan.Antara karya beliau bersama PTS adalah 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah,Yang OK dan KO dalam Ibadah Haji dan Umrah dan lain-lain.


^.^

1 comment:

  1. Terima kasih di atas sokongan terhadap tulisan dan usaha kami. Moga bermanfaat. Selamat Berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete